Saturday, September 21, 2013

TEKA-TEKI MATEMATIK

Teka-teki merupakan warisan turun-temurun yang masih digunakan oleh masyarakat bagi pelbagai tujuan. Ia dapat mencungkil kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seseorang. Oleh yang demikian, wajarlah ianya digunakan bagi proses pengajaran matapelajaran matematik yang memerlukan kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Guru boleh mencipta teka-teki bagi topik yang hendak diajar dan ia boleh menjadi satu induksi yang sangat menarik bagi murid-murid.

Saya telah menyediakan beberapa contoh teka-teki matematik yang boleh dijadikan panduan bagi menyediakan teka-teki bagi topik-topik dalam matematik.

Suatu hari, kelihatan kelibat seorang pakcik tua sedang tercungap-cungap keletihan akibat turun naik tangga sebuah flat beberapa kali. memerhatikan keadaan itu, Kamil yang kebetulan melalui flat tersebut pun menemui pakcik tua tadi. "Pakcik buat apa tu?" "Pakcik tengah cari anak kucing pakcik. kau ada nampak tak?" "Oo... anak kucing putih bertompok hitam tu ke pakcik?" "Haa... yang tu lah." "Kalau macam tu, ada pakcik. mula-mula kucing tu naik ke tingkat satu, kemudian naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat lagi. Kemudian, ia turun satu tingkat, turun lagi satu tingkat, naik satu tingkat, naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, naik satu tingkat, naik satu tingkat lagi, turun satu tingkat, turun satu tingkat, turun satu tingkat lagi. kemudian dia duduk diam-diam kat tingkat tersebut." "Haa??" tercenganglah pakcik tua dengan jawapan Kamil tadi. 

Soalan teka-teki ini adalah kucing itu berada di tingkat yang keberapa? Jawapannya adalah tingkat 5 bangunan tersebut. Anda boleh melatih murid-murid anda melakukan pengiraan mental bagi mencari jawapan bagi soalan ini. Selain menyeronokkan murid-murid, soalan-soalan sebegini juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari matapelajaran matematik