Saturday, September 21, 2013

LAGU-LAGU UNTUK PROSES P&P MATEMATIK

Lagu merupakan sesuatu yang diminati oleh semua orang tanpa mengira peringkat umur. Pembelajaran matematik juga akan menjadi sesuatu yang menarik minat murid sekiranya ia disertakan dengan penggunaan lagu-lagu yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Saya telah menyediakan satu koleksi lagu yang anda boleh gunakan semasa mengajar matematik. Guru juga boleh mengubah suai lirik serta muzik lagu-lagu ini bersesuaian dengan murid-murid.

Melodi: This old man (Bahagi pen)
Sepuluh batang pen
Agih secara rata
Kepada lima orang budak lelaki
Sepuluh bah’gi lima
Sepuluh batang pen
Dua batang seorang
Berapa orang budak boleh dapat pen
Sepuluh bah’gi lima
Bahagi, bahagi
Agihan sama rata
Atau tolak secara berulang-ulang
Dua setiap seorang


Melodi: London bridge is falling down (Masa)
Masa itu berharga
Hargai masa kita
Kalau masa dah lepas
Tak mungkin kembali
Enam puluh saat seminit
Sejam enam puluh minit
Dua puluh empat jam sehari
Satu minggu tujuh hari
Masa bagai berlian
Hargai masa
Masa itu berharga
Hargai masa kita
Enam puluh saat seminit
Sejam enam puluh lah minit
Dua puluh empat jam sehari
Satu minggu tujuh hari
Masa itu berharga
hargai masa kita
Kalau masa dah lepas
Tak mungkin kembali


Melodi: Twinkle twinkle little star (Darab)
Darab, darab, mendarab
Dua bakul rambutan
Lima biji sebakul
Semua berapa biji
Dua darablah lima
Jawapannya sepuluh
Darab, darab, mendarab
Sembilan baris bakul
Dua bakul sebaris
Semua berapa bakul
Sembilan darab dua
Lapan belas semuanya
Bakul, bakul, berbaris
Sembilan baris bakul
Dua bakul sebaris
Lima biji sebakul
Semua berapa biji
rambutan yang berbaris