Saturday, September 21, 2013

MUSLIHAT MENGETAHUI EMPAT ANGKA TERAKHIR NOMBOR TELEFON

Ini merupakan muslihat yang mudah dan semestinya akan menarik minat ramai orang. Katalah bahawa anda boleh membuat magik dan mendapatkan empat angka terakhir nombor telefon seseorang rakan atau ahli keluarga mereka. Sudah tentu mereka akan tertarik dengan muslihat anda mendapatkan angka tersebut. Langkah-langkah permainan adalah seperti berikut:
a) Tentukan 60
b) Bahagi dengan 2
c) Tambah dengan empat angka terakhir dari nombor telefonmu
d) Tolak 25
e) Darab dengan 3
f) Tolak 15
g) Darab dengan 2
h) Bahagi dengan 6
Berikut adalah satu contoh bagi permainan ini. Andaikan empat angka terakhir nombor telefon saya adalah 2442.
a) Tentukan 60
b) Bahagi dengan 2 ( 60/2=30 )
c) Tambah dengan empat angka terakhir dari nombor telefonmu 
( 2442+30=2472 )
d) Tolak 25 ( 2472-25=2447 )
e) Darab dengan 3 ( 2447 x 3 = 7341)
f) Tolak 15 ( 7341-15= 7326)
g) Darab dengan 2 ( 7326 x 2 = 14652 )
h) Bahagi dengan 6 ( 14652/6 = 2442 )

Guru boleh menggunakan permainan ini sebagai aktiviti selingan semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan merangsang minat murid dan mencergaskan minda mereka.