Permainan sudoku ini dapat meningkatkan kebolehan murid dalam penyelesaian masalah secara logik. Tahap kesusahan permainan juga boleh ditentukan mengikut kebolehan murid. Secara umumnya, terdapat tiga tahap kesusahan dalam permainan sudoku iaitu tahap mudah, sederhana dan tinggi.
Permainan ini mempunyai 9×9 grid dan mempunyai 3×3 subgrid yang dipanggil sebagai ‘kawasan’. Permainan ini dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka dan pemain perlu mengisi sel-sel yang kosong dengan angka dari 1 sehingga 9. Setiap sel hanya perlu diisi dengan satu nombor. Sesuatu angka hanya boleh muncul sekali dalam setiap lajur dan setiap baris dalam permainan.
![]() |
Contoh soalan sudoku |
![]() |
Penyelesaian sudoku |
Permainan ini mempunyai dua kebaikan utama iaitu mengasah minda murid dan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Bah kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan sebegitu juga kemahiran berfikir murid. Kemahiran berfikir murid harus diasah dari peringkat awal dan permainan tangram merupakan salah satu alat yang boleh digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.