Saturday, September 21, 2013

REKREASI NOMBOR

Matematik merupakan salah satu cabang pendidikan yang memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, malahan ia juga dapat membantu murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Antara peranan matematik yang utama adalah sebagai alat berfikir, bahasa, corak atau pola dan sebagai alat rekreasi. Semua peranan ini seharusnya diketahui dan diterokai oleh murid-murid serta guru matematik kerana matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi oleh semua orang. Pengetahuan matematik diperlukan bagi melakukan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran wang, mengira diskaun, mengukur jarak, membaca masa dan lain-lain.
Perkara di atas merupakan mukadimah bagi coretan saya yang seterusnya. Hari ini, saya akan berkongsi maklumat tentang salah satu peranan matematik iaitu, rekreasi matematik. Seperti yang sedia maklum, matematik sering dilihat sebagai matapelajaran yang membosankan dan membebankan murid. Ia sering menjadi matapelajaran yang kurang diminati oleh murid-murid disebabkan terma-terma serta teknik-teknik yang terkandung di dalamnya. Rekreasi matematik merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik.
Rekreasi matematik merupakan satu alat yang dapat membantu murid-murid memahami konsep-konsep matematik dengan mudah melalui cara yang menarik. Ia juga dapat membantu murid-murid menerima pembelajaran matapelajaran matematik yang optimum. Oleh sebab itu, setiap guru serta ibu bapa wajar mengetahui perkara-perkara yang terdapat dalam rekreasi matematik. Saya telah menyediakan senarai permainan serta lagu yang boleh digunakan oleh para ibu bapa serta warga pendidik