Permainan ini melibatkan nombor-nombor dalam lingkungan 20 (tanpa perpuluhan) serta kalkulator. Pertama sekali, minta kawan anda memilih satu nombor daripada 1 sehingga 20 (tanpa perpuluhan!), dan tulis di atas sehelai kertas. Pastikan bahawa kawan anda tidak menunjukkan kertas tersebut kepada anda! Beritahu kawan bahawa anda merupakan ahli sihir Matematik dan akan menggunakan kepintaran Matematik anda untuk mengira atau mendapatkan nombor tersebut! Berikut adalah langkah-langkah permainan tersebut…
Berikan satu kalkulator kepada kawan anda, dan minta kawan anda masukkan nombor rahsianya.
Suruh dia darabkan nombor tersebut dengan 3.
Tambahkan nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi, kemudian tolak 5 daripadanya.
Darab dengan nombor 3 sekali lagi, kemudian darab dengan 3 buat kali ketiga.
Tambahkan nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi setakat ini, kemudian tolak jawapan anda dengan salah satu bulan kegemaran anda (anda tidak beritahu sesiapa bulan yang ke berapa!)
Darab dengan 3 kali keempat, darab dengan 3 kali kelima dan kemudian darab dengan 3 kali keenam.
Jawapan yang diperolehi tambahkan dengan nombor rahsia, kemudian tolak dengan hari kegemaran anda dalam bulan yang tertentu (anda tidak perlu beritahu sesiapa nombor hari kegemaran anda).
Minta kawan anda tunjukan keputusan jawapannya
Sekarang, anda boleh meneka nombor rahsia kawan anda... Nombor yang ditunjukkan dalam kalkulator mungkin agak besar, tetapi janganlah risau dan berasa gelisah kerana nombor yang besar tersebut hanya akan menunjukkan betapa pintar anda dalam Matematik
Inilah caranya bagaimana anda dapat mengira dan mendapat jawapan tersebut:
Sekirannya jawapan kawan anda ialah nombor negatif, nombor rahsia kawan anda ialah nombor 1 (atau dia telah cuba menipu anda)
Sekirannya keputusan jawapan kawan anda hanya mempunyai tiga digit, nombor rahsia kawan anda ialah 2.
Melainkan, anda abaikan tiga digit yang terakhir, dan kemudian tambahkan nombor 2 kepada nombor rahsia kawan anda! Kamu akan berjaya mendapat nombor rahsia kawan anda!
Permainan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaram Jean Piaget yang memberi penekanan kepada pembinaan ilmu baru murid dengan berlandaskan pengetahuan sedia ada mereka. Murid-murid yang sedia maklum tentang nombor hanya perlu melakukan proses akomodasi iaitu pengubahsuaian ilmu sedia ada dengan ilmu baru. Ini amat penting kerana ia dapat mencungkil pemikiran murid secara efektif.